IBRAH DARIPADA KEMBARA MUSAFIRAH  

Posted

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah!

Kalimah ini tidak cukup menggambarkan betapa syukurnya aku padaNya!
Ya robb..aku tak tahu apa hajat aku yang Engkau tidak pernah tunaikan..
ini membuatkan aku semakin malu dengan Kau..diri ini tidaklah sempurna mana tapi aku dapat merasakan Kau cukup mengasihiku..syukran ya Rabb~


Akhirnya tercapai juga hasrat nak pergi luar negara..
Sejak kecil,ana sering bercakap tentang impian ana dengan arwah ana,arwah sering bertanya ana apa yang ana suka,ana nak...dia pasti akan tunaikan. Itulah dia seorang ayah, begitu besar pengorbanan dan kasih sayangnya pada anak kesayangannya.
sekali lagi..ALHAMDULILLAH! ( Semoga Allah merahmati Arwah ayahku (che' man bin Harun..amin)
YA. Pergi ke luar negara adalah salah satu impian ana dan mungkin impian setiap orang yang inginkan suasana baru,pengalaman baru..
Tapi, apabila impian itu dinikmati,ia tak semestinya seindah yang kita dambakan..

bergambar dengan mak di KLIA sebelum bertolak ke Eindhoven


EINDHOVEN, NETHERLANDS

Itulah negara pertama yang ana jejaki.
Best? huhu..
apa yang membuatkan ana musykil sebelum ni ialah perasaan ana sebelum bertolak ke sini,
Langsung tiada rasa GEMBIRA..ana rasa biasa je.pelik! kalau ikutkan,ana mesti EXCITED nak pergi ke luar negara...

Namun..
apa yang lepas..lepas, Mungkin kenangan indah lebih baik dikongsikan di sini..selamat membaca~










SOLAT

Buat pertama kali ana solat dalam kenderaan,KAPAL TERBANG..
Perjalanan yang mengambil masa hampir 13 jam..ana bertolak dari KLIA jam 12.00 mlm dan tiba pada 1 petang ( waktu Malaysia )
Solat Subuh dalam kapal terbang..sebelah orang kafir..Apa yang dia fikir agaknye ea? huhu..
Tapi,bila kita renungkan kembali, bayangkan jika Islam langsung tidak memberi rukhsah kepada umatnya ketika dalam kenderaan untuk menunaikan solat...SUSAH bukan? tapi ana pelik, kenapa masih ada yang mengambil mudah dengan meninggalkannya dan menggantikan setelah tiba ke destinasi kerana menganggap solat ini menyusahkan...?

WAKTU & MASA

Tak sangka,kita memerlukan beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan perubahan waktu dan masa. Perbezaan antara waktu Malaysia dan Netherlands adalah 6-7 jam kerana lokasinya terletak pada zon waktu GMT +1. Pada awalnya, ana agak pening dan cepat ngantuk. Selepas solat Isyak..ana tak dapat nak buat apa-apa kerana terlalu ngantuk meskipun jam baru 9.00 malam. Begitulah permulaannya, sehinggalah ana dapat menyesuaikan diri dengan waktu solat dan waktu-waktu yang lain.
Perubahan waktu ini membuatkan ana berfikir, apakah hikmah yang tersingkap di sebalik hukum alam ini? Dalam kita sibuk menguruskan urusan harian..ada saudara kita yang sedang mengadap tuhanNya di sepertiga malam dan ketika itu Allah turun ke langit dunia untuk melihat hamba-hambaNya yang bertahajud kepadaNya..
sepertimana sabda Rasulullah SAW : Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir,..
bila kita fikir-fikir balik.. maksud Hadith ini seolah-olah ianya berlaku pada setiap masa bukan...? dan Allah itu berada di setiap penjuru..maka tidak ternafilah ALLAH SENTIASA MENDENGAR DOA KITA!

MAKANAN

Buah strawberry+krim coklat

Kebab daging ( Doner Halal )

Makananlah antara salah satu perkara yang ana tak mungkin lupakan! huhu..hidup bersama kakak sulung ana ni rasa macam hidup dalam keadaan yang terlalu mewah. Hari-hari makan strawberry..kalau ikutkan harga buah tu dalam 3 Euro ( RM13)..lebih2 lg pasangan suami isteri tu tu tidak kurang hebatnya dalam memasak.
Sedap2 belaka! memang naik berat badan tinggal kat sini. Tambah dengan cuaca yang tak mengizinkan proses perkumuhan melalui kulit .(tetbe tringt bio..)
Ana teringat ketika ana, Delisha dan abang ipar singgah ke kedai kebab halal.Pemiliknya Arabian. Ana terdengar perbualan dia dengan abang ipar ana..tentang bercakap dalam arabic. tiba-tiba abang kata ( she can speak arabic...).erk? Arabian pun tanyala kat ana boleh ke cakap dalam bahasa arab(in arabic)?
ana pun bagilah jawapan macam time sekolah menengah dulu..hehe.."qolil qolil" geli hati rasanya bila teringat zaman sekolah. Memang inilah jawapan kawan-kawan..bagi ana,mereka bajet je..kathir sebenarnya.saje nak menyelamatkan diri..(ke cne? hee..)
Kemudian dia tanya ana,belajar kat mana bahasa Arab? ana jawablah kat sekolah. Dia ty lagi,Sekolah di Malaysia atau Holland? ana pun kata la..Malaysia.
" masyaAllah,enti mumtaz! " pergh..doa tu! Ana tak sangka cakap sikit pun dah boleh dapat Mumtaz,kat Malaysia jangan harap.huhu~



BAHASA ARAB
Dari situlah ana dapat rasakan bahawa bahasa Al-Quran ini mengindahkan lagi hubungan silaturrahim antara makhluk. Ana tak kenal pun Arabian tu,tapi bila kita berkomunikasi dengan bahasa yang difahami,Subhanallah! Indahnya perasaan itu...terasa seolah-olah dah lama kenal~
Pengalaman ni betul-betul memberi motivasi kat ana untuk menguasai bahasa 'teman setia' ana sendiri...bila mengahafaz ni, kita tidak akan dapat rasa 'zuk' kalau tak faham apa yang dihafaz.Lebih tension kalau tak dapat nak faham di sebalik maksud ayat yang dihafaz.Mudah-mudahan Allah permudahkan kita untuk menuntut Ilmu Yang Maha Agung ini.insyaAllah.



BOWLING BESAUhu..besaq tak? wat pertama kalinya melihat bowling sebesar nih~
takpe, itu tak penting, yang penting..time ni da nk balik Malaysia da,
nak kongsi tentang pkaian sebenarnya..

Terus terang, time hari mula-mula smpai Holland, confuse sgt tak tau nak pkai macam mana..takkan nk bawak personaliti DQ ke holland ni plak?
personaliti org ISLAM di Eropah? erk..tak minat.
tapi,nak katanya..ramai je orang ISlam kat sana, ada je yang pakai tudung labuh sampai kalah tudung2 ana..
entah kenapa da nak balik Malaysia hari tu baru ada kekuatan nak pkai tudung labuh keluar jalan2..
kalau tak,pakai je tudung Indon luarnya blazer..walaupun menutup aurat tapi biasalah..mana kan sama nikmatnya memakai tudung labuh..
Alhamdulillah..time nak jalan2 suatu petang tu..ana decided utk pkai tudung labuh..Tuhan je tahu betapa tenangnya petang tu..( dlm hati...tak kisahlah org nk kata ape..)
even nampak janggal..hehe. takpelah..Ghuraba la katakan..^^
Kesimpulannya, be yourself..betul.Islam itu mudah. kadang-kadang pakaian tu biarlah mengikut waqi'(keadaan sekeliling) tapi selagi pakaian itu tidak menggangu orang lain..takde masalah kalau nk kekalkan..betul tak? org holland tu bukannye kenal ana pun..daripada ana pkai cara yang ana sendiri tak selesa demi nk msuk dgn org len...? akhlak yg penting..pkaian no.2...ke mcm mne?
kalau sesiapa nk bg pndgn,silalah...^^

AMSTERDAM.KOTA MAKSIAT?

Sebelah ni gambar abang ana,hensem? biasa je kan...
tapi bukan nak cter pasl dia sebenarnya..

perasaan pertama menjejakkan kaki ke sini ialah..
MENYESAL!!
kalian mungkin boleh bayangkan keadaan ana mcm mana..dalam kita berjalan di muka bumi Allah ni,dengan rasa takut untuk membuat Dia murka..ofcoz as orang yang menghafaz Al-Quran banyak benda nak di jaga tak kira dari sudut pandangan, makanan,ibadah dan sebagainya..
Apa yang membuatkan ana menyesal sebenarnya ialah moral dan gaya hidup kominiti di situ..
time nak cari keychain, Astaghfirullah. majoriti gambar lucah. Sex. sudah tentu keychain tu melambangkan gaya hidup masyarakat kat sana. Ana rasa mcm nak menangis je time tu dek penyesalan yang teramat.." napa aku g negara nih?!"yg paling ana tak boleh lupa...keychain tu bertulis.." Amsterdam,Sex City."
tak sangka, wujud jugak kota maksiat kat dunia ni. walaupun realitinya memang banyak tapi tula..bila da tgok depan mata baru tersedar.dunia ini memang luas..kadang2 kita ingat masalah umat yang berlaku di sekeliling kita da cukup besar. Tapi, bila lihat dunia yang lebih LUAR..
banyak lagi yang perlu diperbaiki...ISlam..oh Islam..
Astaghfirullah....
mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk umat Islam bangkit..
tak lama lagi dah..^^
isnyaAllah..



Apa yang penting..Al-Quran yang ana ingin bawa ini,ana tak dapat memegang sepenuhnya lagi.
Dan sekarang ini pun ana hanya mampu menghafaz, bukan mengingat! Astaghfirullah3..akan ku cuba sedaya upaya...taklifat di bahu ni makin hari makin bertambah rasanya..
Tapi bak kata senior.."di situ anda akan belajar!"
Exactly~
PENGALAMAN is the best murobbi.
apa2 pun...back to basic.our niat.apa yang kita niatkan itulah yang kita dapat~
memg tujuan masuk ke Darul Quran itu bukanlah untuk menghafaz semata2..
banyak benda yang perlu diterokai..
dan mendapat kejayaan yg cemerlang dalam SPM tu tak bermakna kita harus menyumbangkan kelebihan yg ada ini untuk bidang sains semata. Siapa nak kuasa bidang agama? takkan yang lemah akalnya?
Ustaz Hasrizal sering menyebut tentang Sunnatullah(scientific) dan Syariatullah(syariatic)...
Sultan Al-Fateh pun menguasai kedua-dua elemen tersebut untuk menguasai kota konstantinople..maka tidak ternafilah, golongan yang bijak math n science harus ada sensitiviti untuk menguasai bidang agama JUGA sekali gus mengeluarkan masyarakat Islam daripada Zaman Jahiliyyah Akhir ZAman ini..

tapi ALhamdulillah,apa yang mengkagumkan ana, masyarakat kini makin terbeliak sudah matanya..sedar tentang hakikat kepentingan penguasaan dalam bidang agama itu..kat DQ ramai yg bekas2 pelajar yg cemerlang SPM. 8A ke atas da ramai..semoga dengan hadirnya golongan2 seperti ini,kita sama-sama dapat menikmati biah yang solehah kat negara Malaysia ni nanti. InsyaAllah
^__^

sekian sahaja terlebih dahulu..wallahua'lam.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua.
insyaAllah!
May Allah bless us.
Ameen

This entry was posted on 8:04 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

salam, kak !
hebat perjalanan akak..
"Ustaz Hasrizal sering menyebut tentang Sunnatullah(scientific) dan Syariatullah(syariatic)...
Sultan Al-Fateh pun menguasai kedua-dua elemen tersebut untuk menguasai kota konstantinople..maka tidak ternafilah, golongan yang bijak math n science harus ada sensitiviti untuk menguasai bidang agama JUGA sekali gus mengeluarkan masyarakat Islam daripada Zaman Jahiliyyah Akhir ZAman ini.."

pernggan uh mmng bermakna lah..
moga terus berjaya insyaALLAH..

Post a Comment