Andai dia Masih Ada Lagi..  

Posted



Hampir 8 bulan abah pergi.. tak sangka masa begitu pantas berlalu.. Kadang-kadang rasa dia ada je di sisi.. Setiap kali teringatkannya, Al-Fatihah yang ku kirimkan.. Semoga rohnya sentiasa tenang di sana bersama-sama orang-orang mukmin...

Bila dah tiada, mulalah kenangan silam menerpa kembali.. aKu masih ingat lagi saat-saat ku masih kecil, Sebelum abah pergi kerja, Abah mesti akan bawa aku pergi ke kedai runcit dulu untuk beli coklat, ketika abah kat office pun,aku rajin menelefonnya untuk pesan beli coklat ataupun cd cd cerita hindustan..huhu..
Tapi, Abah sekali pun tak pernah mengeluh, dia tetap belikan untuk anak-anaknya..

Di sekolah rendah, Abah rajin menghantar dan menjemputku pulang... Ada satu hari tu.. Cuaca panas, dan abah hanya menunggang motorsikal.. ketika aku hendak naik tu, abah duduk di bahagian belakang semata-mata nak mengelakkan ku daripada duduk di tempat yang panas..mungkin pada waktu itu aku tidak faham..tapi bila aku kenang kembali..
YA ALLAH..
begitu besarnya pengorbanan seorang ayah..

Di sekolah menengah,
ketika aku di tingkatan satu.. Aku menetap di asrama, walaupun hanya 6 bulan, tapi dalam masa yang singkat itu.. aku masih ingat lagi, abah datang ke asrama dengan membawa makanan kegemaranku.. pernah juga sekali tu.. hujan terlalu lebat, tapi mak abah datang dengan menunggang motorsikal sahaja..dan baru sekarang terasa diri ini kejam sangat..


Bukan aku sengaja untuk duduk di asrama selama 6 bulan..
tapi,keadaan abah yang agak membimbangkan sehinggakan aku terpaksa berulang-alik dari hospital..
sampailah suatu masa itu,
abah koma selama seminggu.. dan ketika itulah.. hampir setiap hari aku menangis..tapi syukur Alhamdulillah..
abah kembali normal selepas itu.

TAPI,
bermula saat itulah.. diriku.. keluargaku diuji..
selepas dari koma, ayah ku tak mampu untuk bangun, tak mampu untuk berjalan.. sekali lagi aku bersyukur kerana berpeluang untuk berkhidmat untuknya. meskipun aku baru berusia 13 tahun,Aku sempat memandikannya.. memakaikannya baju..menyuapkannya makanan..
dan sampai saat-saat akhirnya pun..
aku masih lagi dapat memakaikannya kaki palsu,
menyapu minyak rambut,
memotongkan kuku,
memotongkan misai..
lebih-lebih lagi bila tibanya hari raya..
setiap pagi,aku akan pakaikannya butang baju,
sikatkan rambut,
pakaikan minyak wangi..


setelah setahun selepas itu.. kaki kanan abah pula terpaksa dipotong.. sekali lagi kami sekeluarga diuji.. dan dalam tempoh itulah.. Aku banyak menyakiti hati abah.. Mungkin tidak nampak secara zahir.. tapi.. aku sedar akan kesilapanku.. kadang-kadang, kalau abah suruh aku menolongnya.. abah berkata.. " cuba seyum sikit..muka masam je..ila marah kat abah ke? " Astaghfirullahal'azim.. entah syaitan apa yang merasukku.. sehingga aku tidak sedar yang aku telah mengecilkan hati ayahku sendiri..

sehinggalah tahun 2008-2009,

aku mengalami mimpi, mimpi yang hampir sama berulang-ulang kali.. Aku bermimpi abah meninggal dunia.. dan aku betul-betul menangis sehingga terjaga dari tidur sambil memanggil "abah...." dan setiap kali aku mengalami mimpi tersebut, aku berazam untuk menurut semua perintah abah dengan hati yang ikhlas..kerana aku tak mahu menyesal kalau abah dah tiada nanti..

dan alhamdulillah, mimpi itu yang banyak mendidikku sehinggakan aku patuh atas semua kehendak abah..memang benar, Allah lebih mengetahui segalanya.. Pernah juga aku bermimpi gigi geraham ku patah... dan banyak kali ku bermimpi sedemikian.. cuma aku tak faham apa maksudnya... dan pada masa yang sama juga.. abah tak sihat, pipinya bengkak kerana berisi nanah, kesan daripada gigi yang dicabut sebelum tu.. maklumlah, abah mengidap penyakit kencing manis..

Ada satu malam tu, mak dan abang baru balik dari hospital, ketika makan di restoran bersama emak dan abang, mak kata, doktor suruh buat pembedahan untuk buang nanah kat pipi abah, tapi risikonya tinggi dan boleh membawa maut..
...

aku betul-betul terkedu.
. dan ketika itu aku mula rasa aku akan kehilangannya..

keesokkan harinya (jumaat),
Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjaya.. aku hanya pergi melawatnya di PPUKM pada hari sabtu.. tapi aku tak sangka itu kali terakhir aku dapat menatap wajahnya, bersalam dengannnya, mengelap badannya..

pada hari Ahad.. hanya mak dan abang pergi melawatnya di hospital, mak kata, abah nampak segar dan sihat je pagi tu.. mungkin betul..sebab abah ada menelefonku tengahari tu.. dia pesan suruh bawa seluar dan mashed potato kfc.. dan itulah kali terakhir aku bercakap dalam telefon dengannya.. petang tu pula, mak call..kata abah baru je berak berdarah..kemudian, aku dapat mesej daripada abang.. " abah tak sedarkan diri..minta doa-doakan abah" ...hari isnin..aku hanya dapat melihat abah di wad ccu dalam keadaan koma.. sejuk sahaja kakinya..

malam tu..
pukul 3 pagi, doktor menelefon rumah... dan menyuruh ibuku pergi ke hospital..
Innalillahwainnalillahiroji'uun..
pada tanggal 13 Oktober 2009 ABAH telah pergi buat selama-lamanya.. tapi, apa yang mengejutkan, abah meninggal dunia kerana ulcer dalam perutnya pecah.. sungguh, dia tidak ada penyakit ulcer sebelum ini.. dan ketika itu aku melihat betapa besarnya RAHMAT ALLAH, DIA memberi petanda kepada kami sekeluarga dengan menjadikan pipi abah bengkak.. sebagai persediaan kepada kami sedangkan, jika abah sihat seperti biasa.. sudah pasti abah akan pergi dalam keadaan mengejut..

pagi selasa tu , ramai sangat orang datang ziarah arwah.. yang paling mengejutkan.. satu rombongan dari sekolahku datang ke rumah.. Ujian Gerak Gempur Bahasa Melayu SPM yang sepatutnya berjalan pada hari tu pun dibatalkan.. SubhanaAllah.. Sungguh murah rezeki Arwah...


ABah..
ku doakan kesejahteraanmu sentiasa..
semoga kau sentiasa dalam keadaan tenang dan bahagia di sana..
InsyaAllah..
kita pasti akan bertemu di syurgaNya kelak..
amiin..~

sabda nabi Muhammad SAW ketika mengatakan bahwa seorang yang meninggal akan terputus amalnya.

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo’akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya” (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad).






AL-Fatihah
Buat Allahyarham CHE' MAN BIN HARUN
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang mukmin
amin